Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Tazkirah: Menjaga kesucian jiwa di bulan Ramadhan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_Tazkirah Menjaga kesucian jiwa di bulan Ramadhan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadiri dalam majlis Tazkirah Ramadhan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 22 Mac. – Bersempena dengan bulan suci Ramadhan, Kementerian Pembangunan melalui Divisyen Pengurusan Sumber Manusia hari ini menganjurkan Tazkirah Ramadhan yang diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pengiran Muhammad Faizal Akhbar bin Pengiran Salleh.

Tazkirah bertajuk "Medsos dan Hati: Menjaga Kesucian Jiwa di Bulan Suci" telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Fariszal bin Ali, Penolong Kaunselor Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

1_Tazkirah Menjaga kesucian jiwa di bulan Ramadhan.JPG

TAZKIRAH Ramadhan disampaikan oleh Yang Mulia Awang Fariszal bin Ali, Penolong Kaunselor Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Antara inti pati tazkirah tersebut adalah peringatan kepada umat Islam tentang kepentingan menjaga kesucian hati, khususnya sepanjang bulan Ramadhan. Hati yang bersih bukan sahaja mendekatkan diri kepada Allah SWT, tetapi juga meningkatkan kualiti ibadah serta menghindarkan diri daripada maksiat dan dosa. Dengan demikian, seseorang dapat mencapai ketenangan dan kebahagiaan hidup seperti yang diharapkan.

Namun, masih ramai yang kurang memberi perhatian terhadap hal ini, sehingga mudah terhanyut dalam dunia media sosial dan terpengaruh dengan unsur negatif yang boleh mencemarkan hati. Oleh itu, penting bagi kita untuk bijak menggunakan serta memanfaatkan media sosial dengan cara yang lebih bermanfaat.

3_Tazkirah Menjaga kesucian jiwa di bulan Ramadhan.JPG4_Tazkirah Menjaga kesucian jiwa di bulan Ramadhan.JPG

ANTARA warga Kementerian Pembangunan yang hadir.

Turut hadir dalam tazkirah ini ialah Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Attachments